My photo
aku anak pompuan en man&pn amah.sorg ank yg mnje.yg degil.kt cni aku cter ape yg aku nk cter.sal aku&sal spe jer.so spe nk bce sila la aku alu2 kn.spe xnk bce aku pown x swoh bce&x mntak pown bce.so klu da bce then x ske ape yg aku carutkn.sila la ngan sgala hormtnye gone from my page ok!da phm?bgos!

Friday, May 8, 2009

~Semangkuk Laksa Panas~

Pada malam itu Ryana bertengkar dengan ibunya. Kerana sangat marah, Ryana segera meninggalkan rumah tanpa membawa apa pun. saat berjalan di suatu jalan, baru dia sedari bahawa dia sama sekali tidak membawa wang.

Saat menyusuri sebuah jalan, dia melewati sebuah kedai laksa dan dia mencium harumnya aroma masakan itu. Dia ingin sekali memesan semangkuk laksa, tetapi dia tidak mempunyai wang.

Pemilik kedai melihat Ryana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu bertanya "Adik, apakah engkau ingin memesan semangkuk laksa?" "Ya, tetapi saya tidak mempunyai wang" jawab Ryana dengan malu-malu " Tidak mengapa, pakcik belanja" jawab si pemilik kedai. "Silakan duduk, pakcik akan buatkan laksa untukmu".

Tidak lama kemudian, pakcik itu datang bersama dengan semangkuk laksa. Ryana segera makan dengan beberapa suapan, kemudian air matanya mulai berlinang.
"Kenapa adik?".
Tanya si pemilik kedai.
"Tidak apa-apa, saya hanya terharu", jawab Ryana sambil mengeringkan air matanya.

"Seorang yang baru saya kenal memberi saya semangkuk laksa!, tetapi ibu saya sendiri......setelah bertengkar dengan saya, mengusir saya dari rumah dan mengatakan kepada saya jangan balik-balik lagi ke rumah".
"Pakcik seorang yang baru saya kenal, begitu baik dengan saya jika dibandingkan dengan ibu kandung saya sendiri", katanya kepada pemilik kedai.

Setelah mendengar cerita Ryana, dengan menarik nafas panjang lalu berkata " Adik, mengapa kau berfikir begitu?
Renungkanlah hal ini, pakcik hanya memberi mu semangkuk laksa dan kau begitu terharu. Ibu mu telah memasak laksa dan nasi dari kau masih bayi hingga saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih padanya? Malah kau bertengkar dengannya".

Ryana terhenyak mendengar hal tersebut. "Mengapa aku tidak terfikir tentang hal tersebut? Untuk semangkuk laksa dari orang yang baru aku kenal, aku begitu berterima kasih, tetapi kepada ibuku yang selalu memasak untuk ku selama bertahun-tahun, aku tidak pernah menunjukkan kepedulianku padanya. Dan hanya kerana persoalan kecil, aku bertengkar dengannya".

Ryana segera menghabiskan laksanya, lalu dia sedaya upaya menguatkan dirinya untuk pulang ke rumah. saat berjalan ke rumah, dia memikirkan kata-kata yang harus di ucapkan kepada ibunya. Sampai saja di ambang pintu rumah, dia melihat ibunya dengan wajah yang letih dan cemas. Ketika bertemu dengan Ryana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Ryana kau da balik, cepat masuklah, ibu telah siapkan makan malam dan makanlah dulu sebelum kau masuk tidur". Pada saat itu, Ryana tidak dapat menahan tangisnya dan dia menangis di hadapan ibunya.


p/s: Ada ketika kita akan sangat berterima kasih kepada orang lain di sekitar kita untuk sebuah pertolongan kecil yang diberikan kepada kita. tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita khususnya orang tua, kita harus ingat bahawa kita sebenarnya berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita....



kepada emak aku [ RA'AMAH BT ABDULLAH]
  • along sayang mak...muuuaaaccchhhh...
  • time ksih sgt2....
  • sory....hari ibu tis year along x kasi pape....hu3..
  • mak, emak pling best kt dunia nie...
  • luv u mom!!!!!



No comments:

Post a Comment